Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Daerah Besut 2010
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah daerah Besut pada 8 Ogos dan 9 Ogos 2010. SM Imtiaz Besut adalah salah sebuah sekolah yang telah dipilih untuk menerima khidmat bantu tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan pengurusan dan menambahkan keceriaan di pusat sumber sekolah sebagai tempat yang sesuai untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Majlis Khatam Hafazan Al-Quran



SM Imtiaz Besut telah mengadakan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran pada hari Khamis, 5 Ogos 2010 bertempat di Masjid Hadhari Jerteh. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan mereka sebanyak 30 juzuk dan tanda sanjungan pihak sekolah kepada mereka yang menjaga al-Quran dalam kehidupan seharian. Ia juga sebagai satu galakan kepada pelajar- pelajar lain agar lebih berusaha dalam meningkatkan tahap hafazan mereka. Seramai 17 orang pelajar menerima anugerah khas tersebut termasuk seorang pelajar tingkatan dua iaitu Aisyah Syazana binti Adeli. Majlis ini dirasmikan oleh En.Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu.
Kem Bahasa Arab Tingkatan 2 (29-31 Julai 2010)
Seramai 10 orang pelajar tingkatan 2 SM Imtiaz Besut telah dipilih untuk menyertai Kem Bahasa Arab yang akan diadakan pada 29 hingga 31 Julai 2010 di Cameron Highland.
Program Hijrah Ilmu 2010
Program ini bermula pada 17 hingga 22 Julai 2010. Usahasama dengan SMK Mak Lagam (TESMAL) ini untuk perkongsian ilmu dan pertukaran pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR 2010. Program ini juga dapat merapatkan hubungan antara kedua-dua sekolah elit Terengganu. Seramai 10 orang pelajar yang terpilih telah terlibat mewakili sekolah masing-masing (2 lelaki dan 8 perempuan). Semoga program seumpamaan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Pertandingan Khutbah Sempena Program Khitobah 2010
Bersempena Program Khitobah Sek-Sek Men imtiaz YT, pihak Bahagian Pengurusan imtiaz telah mengadakan pertandingan Khutbah di kalangan para pelajar imtiaz. Pertandingan tersebut berlansung di Dewan Besar Yayasan Terengganu. Pertandingan yang diadakan pada 15 Julai yang lalu telah dihadiri oleh para pelajar dan guru-guru Al-Quran dari sekolah masing-masing. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Johan – imtiaz YT K.Terengganu
N.Johan – imtiaz YT Besut
Ketiga – imtiaz YT Dungun
Keempat – imtiaz YT K.Berang
Kelas Bahasa Mandarin Di Imtiaz
Salah satu komponen utama di dalam Ensiklopedik ialah mengusai pelbagai bidang ilmu dan Bahasa asing. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan imtiaz telah mewujudkan satu kelas Bahasa Mandarin untuk para pelajar imtiaz Yayasan Terengganu. Kelas Bahasa Mandarin ini akan diadakan seminggu sekali di seluruh sekolah imtiaz Yayasan Terengganu. Kelas tersebut adalah para pelajar tingkatan 1 dan 2. Namun begitu, para pelajar dari tingkatan lain adalah digalakkan untuk menyertai kelas tersebut yang dibuka untuk semua pelajar. Sehingga hari ini, kelas Bahasa Mandarin telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan para pelajar di mana ramai pelajar yang mengikuti kelas tersebut setiap kali kelas tersebut diadakan di sekolah masing-masing. Di samping itu juga, pihak sekolah imtiaz telah menubuhkan kelab Bahasa Mandarin di sekolah masing-masing bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Mandarin di kalangan para pelajar imtiaz.

Ujian Selaras Bersama SMA Maarif Besut
Calon- calon PMR SM Imtiaz Besut dan SMA Maarif telah menduduki ujian selaras bersama pada 4-5 Julai 2010 di SMA Maarif. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menilai prestasi pencapaian pelajar SM Imtiaz Besut dengan sekolah tersebut . Selain itu ujian selaras ini dapat mengukuhkan jati diri pelajar menghadapi peperiksaan sebenar PMR pada tahun ini.
Program Lestari Gemilang PMR 2010 Subjek Pendidikan Islam
Program Lestari Gemilang PMR 2010 untuk subjek pendidikan islam telah diadakan di Pantai Bukit Keluang Besut, Terengganu pada 29 Jun 2010.Program ini diadakan untuk pelajar tingkatan 3 SM Imtiaz Besut 2010 bertujuan untuk mengeksplorasi pengetahuan pelajar tentang kepentingan subjek Pendidikan Islam sebagai salah satu subjek Peperiksaan Menengah Rendah. Program ini juga dapat memberi pengayaan dan pengukuhan dalam pembelajaran demi mengekalkan kecemerlangan PMR SM Imtiaz Besut.












